Parah! Pasaran Merah Berdarah! Apa Sudah Jadi?

1,084

Matawang pound menjunam lebih rendah selepas data pekerjaan UK yang diterbitkan agak bercampur dalam tempoh tiga bulan hingga Januari.

Walaupun, kadar pengangguran di UK menurun kepada 5%, dari 5.1% pada tempoh sebelumnya, tetapi tuntutan pengangguran sangat tinggi dan indeks purata pendapatan gagal mengatasi jangkaan peningkatan.

Kadar pengangguran juga dilihat masih di tahap tertinggi 5 tahun memandangkan negara itu masih berada di bawah pelaksanaan sekatan coronavirus.

Kekuatan dolar greenback pada pembukaan sesi Eropah juga menjadi punca yang membenam dagangan pound dan kebanyakan matawang utama lain berikutan sentimen risk-off dalam pasaran.

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan China, menular hingga ke Eropah selepas Kesatuan Eropah (EU) dan UK menyertai Kanada dalam mengenakan sekatan terhadap para pegawai China berikutan isu hak asasi manusia terhadap minoriti Muslim Uighur di Xinjiang.

Susulan itu, matawang komoditi turut terkesan dengan isu ini dengan mencatatkan kemerosotan ketara pada sesi dagangan hari ini.

Dolar kiwi yang telah ditekan oleh pengumuman Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern untuk memperkenalkan pakej bantuan terbaru untuk mengawal kenaikan harga rumah, terbenam lebih rendah disebabkan pengukuhan USD.

Euro kembali susut di bawah harga 1.19000, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat