Parah! Penutup Mingguan Yang Buruk, GBP/USD Jatuh Teruk Lagi

220

Mata wang Pound dilihat mengalami kejatuhan nilai lebih parah menuju dagangan penghujung minggu, namun lebih dilihat dipengaruhi oleh tekanan semula pengukuhan US dolar yang sebelum ini sedikit bertenang selepas terbitan minit mesyuarat FOMC.

US dolar terus mengukuh sehingga ke penghujung dagangan minggu ini susulan pelabur menghadam kenyataan oleh beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed) mengenai keperluan bagi meneruskan kenaikan kadar faedah selanjutnya bagi mengawal inflasi yang tinggi.

Ini dilihat kembali merubah pandangan pelabur terhadap minit mesyuarat FOMC yang diterbit lebih bernadakan dovish dengan jangkaan Fed untuk memperlahankan kenaikan kadar faedah pada mesyurat FOMC September nanti.

Tetapi selepas terbitan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan sebelum ini juga menunjukkan angka positif, turut menyokong jangkaan Fed bakal meneruskan kenaikan kadar yang agresif.

Dalam kenyataan oleh Presiden Fed St Louis, James Bullard berkata beliau menyokong untuk membuat kenaikan kadar faedah yang agresif sebanyak 75 mata asas buat kali ketiga berturut-turut pada bulan September.

Selain itu, Presiden Fed San Francisco, Mary Daly pula menyatakan untuk kadar berada sedikit diatas 3% menjelang akhir tahun ini dan lebih tinggi pada 2023, justeru kenaikan sebanyak 50 atau 75 mata asas pada bulan depan adalah munasabah.

Oleh itu, pergerakan harga pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD telah mempertontonkan harga luruh ke paras yang lebih rendah mencatatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Penurunan harga akhirnya berjaya menembusi zon support 1.2000 dengan penurunan harian sekitar 160 pips dicatatkan semalam untuk menyambung corak pergerakan bullish sebelum ini selepas lantunan harga yang berlaku pada Selasa lalu gagal diteruskan.

Jika diteliti pergerakan harga pada Khamis semalam, harga menguji support 1.20000 sebelum melantun di sesi Eropah. Namun, kenaikan terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sebelum penurunan lebih agresif diteruskan sehingga ke penghujung sesi New York.

Mencatatkan paras terendah terbaru, harag telah mencecah ke paras tumpuan 1.19400 sebelum harga perlahan di sekitar tersebut bersambung pada pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Walaupun pada tempo yang perlahan, namun harga dilihat masih menunjukkan corak penurunan yang diteruskan untuk menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1.18800.

Sekiranya harga berjaya melanjutkan lagi penurunan yang lebih rendah, zon support pada 1.18000 menjadi tumpuan utama yang bakal diuji harga sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru minggu.

Namun dilihat pelabur juga bakal berjaga-jaga sekiranya berlaku aktiviti profit taking pada sesi akhir dagangan minggu ini yang boleh mencetuskan perubahan arah harga semula.

Sekiranya kenaikan harga berlaku, harga bakal menguji paras halangan awal pada 1.19400 terdahulu sebelum menguji semula paras 1.20000 pula yang akan membentuk zon SBR (support become resistance) terbaru buat harga.

Selepas pelabur menilai isyarat perubahan trend bullish seterusnya akan meningkat harga sehingga ke paras rintangan 1.21000 pada corak kenaikan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat