Paras Harga $1.2100 Sokong GBP/USD Dari Jatuh Lebih Rendah

275

Penghujung sesi dagangan Eropah bersambung hingga ke sesi New York semalam kembali menyaksikan US dolar menyusut, gagal untuk terus mengekalkan pengukuhannya berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran.

Selepas terbitan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat (AS), bacaan tahunan teras yang susut kepada 4.7% daripada 4.9%, di bawah ramalan 4.8%, menunjukkan penurunan dilanjutkan pada bulan Mei namun masih kekal di paras tertinggi 40 tahun.

Walau bagaimanapun, penganalisis memberi amaran bahawa US dolar boleh mengukuh semula ekoran faktor fundamental masih lagi memberi sokongan terhadap pendirian dasar monetari Federal Reserve (fed) yang hawkish dan kebimbangan terhadap risiko kemelesetan.

Sementara, mata wang Pound pula masih didagangkan lemah disebabkan oleh kebimbangan terhadap inflasi di United Kingdom (UK) mungkin bakal berterusan lebih lama menurut Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey.

Selain itu juga, kebimbangan terhadap ketidaktentuan Brexit yang berlarutan selepas 2 tahun UK secara rasmi meninggalkan blok Eropah turut membayangi risiko Pound dalam pasaran susulan perubahan pada protokol Ireland Utara yang didesak oleh UK, namun ditentang oleh Kesatuan Eropah (EU).

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam menyaksikan penurunan awal harga ke paras tumpuan sekitar 1.21000 namun harga tidak berjaya menembusi paras tersebut sebelum melantun semula mencatat kenaikan hampir 100 pips.

Harga telah melonjak semula ke zon 1.22000 yang kini menjadi rintangan terbaru buat harga selepas harga juga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat awal untuk pergerakan bullish.

Namun berlaku perubahan arah harga semula pada dagangan hari ini (Jumaat) susulan penurunan semula harga dipaparkan pada sesi Asia untuk menuju semula ke paras sokongan 1.21000 yang diuji semalam.

Sekiranya harga meneruskan penurunan lanjut dan menembusi zon 1.21000, trend bearish harga akan dikekalkan untuk harga menyambung penurunan yang lebih rendah menuju pula ke zon support 1.20000.

Sebaliknya jika berlaku kenaikan semula harga, rintangan pada zon 1.22000 bakal diuji sebelum harga yang meneruskan kenaikan lebih tinggi dan turut melepasi halangan MA50 akan berikan petunjuk pergerakan bullish semula.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan pula diramalkan bakal menuju ke paras tumpuan seterusnya pada 1.23000, iaitu zon rintangan penting yang masih gagal ditembusi harga sejak dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknilal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat