Paras Sokongan BTC Pecah! Kemanakah Hala Tuju BTC Selepas Ini?

667

Selama dua minggu terakhir, harga Bitcoin telah mengalami tekanan jualan yang tinggi, turun 3% hingga $35,000 sebelum kembali meningkat kepada paras dagangan $36,197. Ini membawa indikasi bahwa Bitcoin berkemungkinan memasuki fasa retracementsetelah mencapai $37,000 minggu lalu jika tiada apa-apa sentimen yang menyokong. Menjelang data PPI, para pelabur masih berhati-hati terhadap perkembangan semasa.

Tekanan jualan yang belaku sejak semalam adalah rentetan kelompok Whale Bitcoin telah menjual sejumlah besar BTC dalam seminggu terakhir. Pare penganalisis terkenal, Ali Martinez, menyatakan bahwa Whale Bitcoin memulai pengambilan keuntungan pada 3 November, memanfaatkan kenaikan harga BTC dari $35,000 hingga hampir $38,000. Selama fasa ini, lebih dari 15 dompet,yang masing-masing memiliki lebih dari 1,000 BTC, mula menjual beberapa pemilikan mereka.

Di sisi lain, Ali Martinez juga mencatat bahwa jaringan Bitcoin telah perlahan. Lonjakan harga BTC bersamaan dengan pertumbuhan jaringan yang perlahan  menimbulkan kekhuatiran, menandakan potensi kekurangan momentum untuk mendukung trend menaik. Indikasi ini antara yang perlu di ambil perhatian.

Dengan penurunan harga hari ini, Bitcoin telah menembusi paras sokongan  pentingnya di $36,400. Paras sokongan berikutnya terletak di $36,400, yang jika terpecahkan dapat menyebabkan pembetulan harga lebih lanjut hingga $30,200.

Data CPI AS menunjukkan bahwa inflasi telah mereda, memberikan dorongan kepada pasaran ekuiti. Penganalisis menjangkakan bahawa Bitcoin boleh mengikuti tren dini dalam waktu terdekat dan dapat melonjak hingga $40,000.

Di sisi lain, SEC akan mengumumkan keputusannya tentang persetujuan spot Bitcoin ETF pada 17 November. Cathie Wood dari Ark Invest mencatat peningkatan kemungkinan persetujuan spot Bitcoin ETF, berdasarkan keterlibatan antara SEC, ARK, dan BlackRock.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat