Parlimen Digantung, Ini Kesannya Terhadap Ekonomi Malaysia Hari Ini

761

‘Tak kira gabungan mana yang terhasil yang pasti kalau berlarutan maka ekonomi negara akan menerima kesan besar.’

Sebentar tadi, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk melanjutkan proses penamaan calon dan pembentukan kerajaan Malaysia sehingga jam 2 petang esok (22 November).

Titah tersebut dibuat baginda pada tengah hari selepas keputusan Pilihan Raya ke-15 (PRU15) yang menyaksikan mana-mana parti gagal meraih kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan sekaligus Parlimen digantung buat pertama kalinya.

Ketidaktentuan politik yang berlaku jelas memberi kesan kepada aliran dagangan negara dengan Ringgit Malaysia (RM) serta indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) bergerak lemah sepanjang hari namun pulih sedikit selepas ucapan baginda.

Melihat indeks, KLCI mengalami penyusutan 1.5% pada awal sesi dagangan pada 1,427.75 sebelum memulih sedikit untuk mencapai 1,437.55 iaitu turun 0.8% setakat 2.30 pm tadi.

Mata wang negara turut mengiringi prestasi penyusutan tersebut apabila nilai ringgit jatuh 0.8% pada 4.5872 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras terjunan terendah dalam 7 bulan.

Sungguhpun begitu, ringgit dilihat menerbalikkan sedikit kerugian untuk berdagang pada 4.5712 atau turun 0.4% setakat 2.30 tadi.

Umumnya, pagi tadi berlangsung mesyuarat perjumpaan penting antara wakil Pakatan Harapan (PH) iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Zahid Hamidi dari Barisan National (BN) di hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.

Sementara Perikatan Nasional (PN) dikatakan telah menyerahkan akaun berkanun (SD) daripada 112 Ahli Perlimen kepada Istana Negara lebih kurang jam 3 petang tadi.

Ekoran itu, nota Maybank Securities mengatakan para pelabur dijangka mengelakkan diri dari sebarang pembelian aset berisiko buat sementara waktu sehingga ketidaktentuan politik Malaysia berakhir.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat