Parlimen Eropah Mahu Diwujudkan Sistem Percukaian Kripto

58

Parlimen Eropah berhasrat menggunakan tekonologi blockchain dalam memerangi kejadian pengelakan cukai dengan mewujudkan sistem percukaian mata wang kripto yang lebih teratur dan adil kepada pengguna.

Difahamkan resolusi yang digubal oleh ahli parlimen Eropah (MEP) Lídia Pereira berjaya mendapat sambutan menggalakkan susulan lebih 80% ahli MEP telah menyokongnya.

7 daripada 705 anggota Parlimen mengundi untuk menentang resolusi tersebut manakala 566 menyokongnya dan 47 tidak hadir.

Parlimen Eropah menegaskan bahawa mata wang kripto harus tertakluk kepada sistem percukaian yang adil dan telus agar ia dapat memberikan hasil positif di seluruh negara Eropah.

Malah resolusi ini dapat memberikan kelebihan untuk pelabur kecil kerana kategori peniaga kecil seharusnya dikenakan cukai yang sedikit.

Sementara itu, Suruhanjaya harus menilai cukai kripto di seluruh negara Eropah serta meneliti langkah-langkah yang diambil oleh setiap negara anggota dalam memastikan pengurangan pengelakan cukai.

Resolusi itu juga bertujuan mewujudkan idea pelbagai pihak berkaitan aset kripto, menetapkan aset yang perlu dikenakan cukai dan memafaatkan blockchain dalam mengurangkan pengelakan cukai.

Hal ini berikutan kerana blockchain dapat menawarkan kaedah baharu bagi mengautomasikan kutipan cukai, mengehadkan rasuah serta menentukan sama ada pemilikan aset tersebut adalah tangible atau intangible.

Terdapat beberapa negara yang cuba menentang pihak yang mengelak cukai, lebih-lebih lagi dalam industri mata wang kripto bahkan Jabatan Keadilan A.S mengeluarkan perintah kepada IRS untuk memburu pengelak cukai kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat