Parti Pembangkang UK Sokong Pilihan Raya Umum, GBP/JPY Melonjak 100 Pips

364

Meneliti pergerakan harga bagi mata wang Pound Sterling, harga bergerak mendatar pada sesi Asia semalam sebelum membuat penurunan pada awal sesi Eropah. Namun, terdapat lonjakan harga berlaku sekitar sesi dagangan New York.

Apa yang menyebabkan mata wang British Pound tersebut mengukuh adalah ekoran daripada laporan sokongan parti pembangkang kepada cadangan pilihan raya umum yang ingin diadakan oleh Perdana Menteri UK Borish Johnson.

Ketua pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn mengatakan beliau serta ahli parti bakal memberi sokongan terhadap pilihan raya tersebut pada bulan Disember. Pilihan raya diadakan selepas Kesatuan Eropah (EU) telah meluluskan lanjutan tarikh akhir Brexit pada 31 Januari 2020.

Dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/JPY semalam, harga telah melonjak sekitar 100 pips susulan laporan sokongan yang dinyatakan oleh parti pembangkang di UK.

Namun, harga kembali menyusut semula sekitar 60 pips sebelum pergerakan harga perlahan dan mendatar sehingga sesi dagangan New York berakhir.

Mata wang Yen Jepun juga turut memberi tekanan terhadap pengukuhan Sterling ekoran bacaan data jualan runcit tahunan di Jepun yang mencatatkan peningkatan pada September. Bacaan tersebut juga merekodkan pertumbuhan terpantas sejak Mac 2014.

Pergerakan mendatar harga pada GBP/JPY di penghujung sesi New York bersambung pada sesi Asia pagi ini. Harga bergerak perlahan di atas garisan Moving Average 50 (MA50) yang menjadi paras sokongan harga.

Jika harga bergerak turun dari paras MA50 tersebut, destinasi awal penurunan akan menuju ke paras 139.200 yang merupakan zon RBS (resistance become support) yang telah diuji beberapa minggu ini. Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke zon RBS seterusnya di paras sekitar 137.700.

Namun jika harga kekal meneruskan lonjakan, harga bakal melepasi ketinggian harian semalam di paras 140.500 sebelum menuju zon resistance di paras harga 141.300.

Momentun pengukuhan Sterling bakal mendorong harga melonjak lebih tinggi dan mencatatkan paras ketinggian terbaru pada dagangan GBP/JPY.

Lihat gambar carta pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat