Parti Pembangkang UK Sokong Pilihan Raya Umum? – Matawang Pound Kukuh!

444

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang lain pada hari Selasa berikutan para pelabur menanti lebih banyak petunjuk mengenai pengurangan kadar faedah daripada Federal Reserve. Dalam masa yang sama risiko pasaran masih terpacu pada isu Brexit dengan harapan UK tidak akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.07% kepada paras 97.453 setakat jam 11.30 p.m. The Fed dijangka akan mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini dalam perjumpaan pada hari Rabu ini.

Disisi lain, hubungan perdagangan masih lagi menjadi tumpuan dengan kenyataan Donald Trump pada hari ini bahawa perjanjian perdagangan AS dengan China lebih awal daripada yang dijadualkan walaubagaimanapun tiada rincian yang dinyatakan. Dalam masa yang sama Washington sedang mempertimbangkan sama ada untuk menereuskan penangguhan tarif yang telah ditetapkan.

Matawang safe haven, japanese yen didagangkan mendatar pada 108.93 berbanding US dolar. Matawang GBP mengukuh sebanyak 0.20% berbanding US dolar kepada paras 1.2888, EUR/USD juga kukuh dengan kukuh sebanyak 0.10% kepada paras 1.1109.

Matawang sterling kukuh selepas pemimpin parti Buruh, Jeremy Corbyn mengatakan bahawa beliau dan parti beliau berkemungkinan akan menyokong pilihan raya umum sebelum bulan Disember. Terkini, Kesatuan Eropah (EU) telah menangguhkan tarikh akhir Brexit kepada 31 Januari 2020.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat