Pasaran Aset Berisiko Global ‘Runtuh’ Sebab China!

243

Dolar Amerika Syarikat (AS) kembali menjadi pilihan pelabur dengan sentimen pasaran bertukar risk-off selepas berita di China menggusarkan dunia.

Kegagalan dasar sifar Covid kerajaan China untuk menurunkan kes jangkitan mencetus protes dan konfrontasi penduduk bersama pihak berkuasa, memberi kelebihan kepada greenback dan hasil Perbendaharaan.

Ia secara tidak langsung medorong penjualan pada ekuiti dengan Dow Jones Industrial jatuh 1.45% pada 33,849.46 sementara S&P 500 hilang 1.54% pada 3,953.95 dan Nasdaq Composite turun 1.58% pada 11,049.50.

Tolok MSCI saham seluruh dunia susut 1.42% dan saham di pasaran membangun hilang 1.13%.

Dagangan sesi Asia menyaksikan Nikkei 225 Jepun turun 0.84%, Topix susut 0.85%, S&P/ASX 200 Australia junam 0.2%, Kospi Korea Selatan sedikit positif dan indeks meluas MSCI Asia Pasifik jatuh 0.12%.

Mengulas keadaan pasaran adalah pakar strategi pelaburan Edward Jones, Mona Mahajan dengan menggariskan berita protes di China merupakan penyebab utama kepada pertukaran sentimen.

Turut dinyatakan beliau adalah faktor bahawa pelabur sedang menantikan komen dari pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) berkenaan prospek kenaikan kadar, tidak memberi kelebihan kepada pasaran aset berisiko.

Buat masa ini pelabur menjangkakan bank pusat itu akan mengekalkan kenaikan agresif berdasarkan komen terbaru Presiden Fed St. Louis, James Bullard yang menyatakan pendirian kenaikan perlu diteruskan sehingga tahun depan.

Pada sisi berbeza, indeks dolar naik 0.339% sementara Euro susut 0.59% pada $1.0334 tatkala Yen kukuh 0.14% berbanding greenback pada $138.90 dan Sterling turun 1.17% pada $1.1951.

Penanda aras nota 10 tahun turun 1.3 mata asas pada 3.689% dari 3.702% pada Jumaat lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat