Pasaran Asia Dah Buka, Nak Letak ‘Position’ Dekat Mana Ni?

509

Dolar greenback kembali meraih peningkatan pada pembukaan sesi Asia ketika pasaran ekuiti merosot lebih rendah selepas menyaksikan penerbitan data jualan runcit Amerika Syarikat yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Jualan runcit mencatatkan pertumbuhan yang lemah dengan meningkat 0.3% pada Oktober daripada 1.6% yang direkodkan pada bulan sebelumnya, menunjukkan tanda-tanda kelemahan dalam penggunaan AS.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan meningkat pada 92.49.

Peningkatan kadar kemasukan ke hospital dan sekatan baru di beberapa kawasan disebabkan Covid-19, serta lonjakan baru kes di Jepun, Korea Selatan dan Jepun telah memadam keterujaan pasaran terhadap keberkesanan vaksin.

Dolar Aussie susut lebih rendah daripada tahap ketinggian hampir 2 bulan yang dicapainya pada sesi sebelum ini, sementara dolar New Zealand didagangkan stabil pada 0.6870 berbanding USD.

Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell memberitahu pada hari Selasa bahawa perjalanan ke arah pemulihan ekonomi ‘masih jauh’.

Matawang euro juga susut namun kekal diniagakan stabil di atas paras harga 1.1800 berbanding USD di tengah-tengah kurangnya pemangkin utama yang boleh mempengaruhi pergerakan euro.

Matawang pound kekal menguat disokong oleh harapan bahawa UK dan Kesatuan Eropah (EU) akan dapat mencapai kesepakatan perdagangan secepatnya pada minggu depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat