Pasaran Asia Sudah Dibuka, Ini Perkara Jadi Tumpuan Pelabur!

208

Permulaan awal minggu melihatkan US dolar didagangkan sedikit berubah selepas berjaya mencatatkan keuntungan  menjelang akhir dagangan minggu lepas.

Mata wang gergasi itu telah susut ketara susulan data inflasi Amerika Syarikat yang mula menunjukkan penurunan pada bulan Julai, memberi petanda bahawa tekanan harga di negara itu telah memuncak dan akan terus berkurang pada bulan-bulan akan datang.

Hal ini sekali gus membawa kepada sentimen pasaran yang lebih baik dengan tanggapan bahawa risiko kemelesetan global juga akan kembali mereda.

Walaupun begitu, para penggubal dasar Federal Reserve (Fed) masih menawarkan kenyataan hawkish untuk meneruskan pengetatan bagi memastikan inflasi benar-benar turun.

Menjadi tumpuan pelabur minggu ini adalah penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada Khamis yang akan menjelaskan butiran mengenai langkah kenaikan kadar 75 mata asas oleh Fed baru-baru ini.

Sementara itu, fokus pasaran turut diarahkan kepada keluaran data inflasi UK yang dijangkakan terus ‘memanas’ pada bulan Julai dengan meningkat kepada 9.9%.

Pound didagangkan merosot selepas data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK menunjukkan penguncupan pada suku kedua walaupun angka yang dicatatkan lebih baik daripada jangkaan.

Mata wang berkaitan komoditi masih mengekalkan keuntungannya yang diraih minggu lalu,  menyaksikan dolar Aussie, kiwi dan loonie didagangkan mendatar pada sesi Asia dengan tumpuan kini beralih kepada data jualan runcit China yang akan dikeluarkan sebentar lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat