Pasaran Beralih Arah Menjelang Mesyuarat FOMC?

559

Pergerakan tidak menentu menghiasi pasaran sesi Eropah, dengan kebanyakan matawang utama didagangkan lebih tinggi berbanding dolar greenback menjelang pengumuman dasar FOMC.

Dagangan dolar greenback nampaknya tidak menentu dengan pergerakan turun naik yang dipamerkan, berikutan pelabur masih menilai sama ada Federal Reserve (Fed) akan memberi indikasi mengenai untuk berbincang mengenai perubahan dalam dasar monetarinya.

Indeks dolar terus didagangkan di sekitar harga yang sama pada 90.50 seperti yang dipamerkan pada awal sesi Asia sebelum ini.

Hal ini telah memberi peluang buat matawang komoditi, terutamanya dolar Aussie dan New Zealand untuk kembali bangkit dari paras terendah lebih satu bulan berbanding greenback.

Sementara matawang pound pula didagangkan lebih kukuh selepas didorong oleh bacaan data inflasi tahunan UK yang melangkaui jangkaan pasaran, setelah mencatat kenaikan 2.1% pada bulan Mei.

Peningkatan ini bukan sahaja mengejutkan pasaran, tetapi ia boleh menimbulkan kebimbangan terhadap para pembuat dasar Bank of England (BOE) kerana bacaan yang dicatatkan melebihi sasaran bank pusat pada 2%.

Matawang euro pula bergerak selari dengan pergerakan yang dipamerkan oleh dagangan greenback, selain turut terkesan dengan kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) yang terus bertegas untuk mengekalkan dasar monetarinya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat