Pasaran Beralih Kepada Safe-Haven Susulan Laporan Kematian Shinzo Abe

2,030

Berita mengenai pemergian bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe menghiasi pembukaan dagangan sesi Eropah sementara pelabur menantikan terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Shinzo Abe disahkan meninggal dunia setelah beliau ditembak semasa memberi ucapan kempen pilihan raya di bandar Nara pada Jumaat.

Dagangan safe-haven yen dan US dolar telah meningkat berbanding mata wang utama sejak berita mengenai insiden tembakan itu dilaporkan, menandakan pelabur beralih kepada aset lebih selamat.

Walaupun begitu peningkatan yang dicatatkan yen tidak begitu ketara berbanding US dolar yang jauh lebih kuat.

Sementara itu, US dolar turut menguat menjelang pengeluaran data pekerjaan NFP pada sesi New York, di  mana ia dijangka sedikit perlahan pada Jun dengan peningkatan sebanyak 260,000 daripada 390,000 pekerjaan pada bulan sebelumnya. Kadar pengangguran pula diramalkan kekal pada 3.6%.

Namun, sekiranya bacaan dicatatkan lebih baik daripada dijangkakan, ia boleh mengurangkan kebimbangan kemelesetan yang meningkat sejak kebelakangan ini.

Beralih kepada mata wang Eropah pula, dagangan euro terus melanjutkan penurunan ke paras terendah terbaharu 20 tahun dan di landasan untuk merekodkan minggu terburuknya dalam empat bulan.

Mata wang pound juga menyusut, menghapuskan keuntungan yang dicatatkan susulan peletakan jawatan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri UK pada Khamis.

Di samping itu, mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand turut didagangkan suram dengan berlegar di paras terendah dua tahun berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat