Pasaran Berdiam Diri Lepas NFP, Apa Kes?

544

US dolar sedikit menguat pada pembukaan dagangan awal minggu, disokong oleh data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang lebih kukuh daripada dijangkakan.

Ekonomi AS tanpa dijangka telah menambah sebanyak 236,000 pekerjaan pada bulan Mac melebihi jangkaan untuk meningkat 228,000 pekerjaan.

Namun, angka yang dicatatkan menyusut daripada bacaan sebelumnya pada bulan Februari yang disemak semula sebanyak 326,000 pekerjaan.

Kadar pengangguran pula turut mencatat bacaan mengejutkan dengan menurun kepada 3.5% daripada 3.6% yang dijangkakan.

Hal ini secara tidak langsung memberi sokongan buat indeks dolar untuk mengekalkan pemulihan dengan didagangkan pada 102.14 pada sesi Asia hari ini.

Fokus utama pasaran kini beralih kepada data inflasi AS yang akan dikeluarkan pada hari Rabu dan laporan minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) pada awal pagi Khamis.

Sementara itu, dagangan mata wang utama dilihat tidak memaparkan pergerakan ketara memandangkan masih ada negara yang bercuti sempena Easter Monday, seperti Australia dan New Zealand serta Eropah.

Dolar Aussie dan kiwi didagangkan sedikit susut berbanding dolar greenback pada sesi Asia di tengah-tengah penutupan pasaran saham dan bon.

Buat pelabur dolar Aussie, data pekerjaan Australia yang akan diterbitkan pada Khamis perlu diberi tumpuan.

Di sisi lain, dolar loonie didagangkan hampir tidak berubah ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank of Canada (BOC) yang akan berlangsung pada hari Rabu.

Selain itu, mata wang euro dan pound kekal diniagakan mendatar berbanding US dolar dengan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) kini menjadi perhatian pelabur yang akan diterbitkan pada hari Khamis.

Keseluruhannya, masih tiada pergerakan jelas dipamerkan oleh pasaran mata wang pada awal dagangan sesi Asia susulan data NFP AS yang diterbitkan baru-baru ini.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat