Pasaran Bergerak Perlahan – Cuti Good Friday Di Kebanyakan Pasaran Utama Dunia Hari Ini

742

US dollar bergerak lebih rendah berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Jumaat. Pasaran dijangka bergerak perlahan berikutan cuti umum ‘Good Friday’ di kebanyakan negara matawang utama termasuk UK, Zon-Eropah, Australia, New Zealand, Switzerland dan Kanada.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.20% setakat pada pukul 3.10 petang.

Pair USD/JPY setakat ini susut 0.26% ke paras 106.15. EUR/USD pula naik 0.14%, GBP/USD naik 0.18% dengan AUD/USD naik 0.24%.

Prestasi pasaran saham Wallstreet pada Khamis agak memberangsangkan dengan ketiga-tiga indeks utama merekodkan kenaikan. S&P500 naik sehingga 1.40%, Dow Jones naik 1.07% dan Nasdaq naik 1.64%.

Dengan kebanyakan pasaran ditutup pada Jumaat, jumlah dagangan juga dijangka sangat kecil pada hari ini berikutan kebanyakan bank di negara ekonomi utama dunia bercuti.

Sejak dua minggu lepas permintaan safe-haven semakin meningkat yang disebabkan oleh kebimbangan pasaran terhadap PERANG PERDAGANGAN. Matawang Yen dan Emas adalah dua aset yang banyak mendapat permintaan ketika sentimen pasaran merosot. Dalam penghujung dagangan bulan ini pelabur pula berfokus kepada pembelian aset berisiko dengan kenaikan pasaran saham pada Khamis.

Tiada data penting yang dikeluarkan pada hari ini dan pasaran dijangka akan terus bergerak perlahan.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat