Pasaran Bergerak Perlahan Pada Sesi Dagangan Eropah

313

Setakat sesi pasaran Eropah hari ini, tumpuan pasaran terarah terhadap tuduhan kontroversi ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang diumumkan akan dijalankan siasatan rasmi oleh Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi.

Donald Trump dikatakan menyalahguna kuasa sebagai pemimpin untuk mendesak Presiden Ukraine untuk menyiasat kes jenayah melibatkan pesaing pilihan raya, Joe Biden dan anaknya. Trump dikatakan berhubung melalui panggilan telefon bersama Presiden Ukraine pada Julai lalu.

Berhubung perkembangan rundingan dagang Amerika Syarikat bersama China, Donald Trump kurang menyenangi tindakan China walaupun pihak China membeli barangan pertanian dari Amerika Syarikat dan hal tersebut merencatkan sentimen positif dagangan.

Dagangan Pound Sterling pada sesi Eropah menunjukkan penurunan pada carta harga ekoran pergolakan politik yang masih melanda Britain. Ketidaktentuan politik tersebut terus menggusarkan pelabur di samping kebimbangan terhadap isu Brexit.

Dolar Euro juga turut mengalami penurunan selepas iklim perniagaan Jerman tinjauan IFO menepati jangkaan penurunan oleh pasaran. Pasaran akan tertumpu pula terhadap ucapan Mario Draghi pada Khamis.

Dagangan dolar New Zealand menyerlah pada sesi Asia dengan lonjakan harga susulan keputusan mesyuarat polisi monetari oleh bank pusat diumumkan. Kadar faedah dikekalkan di paras 1.00% untuk mesyuarat September namun bank pusat terbuka untuk pelonggaran polisi jika keadaan memerlukan.

Dolar Kanada pula mencatatkan penurunan berikutan harga minyak mentah yang menurun dengan pengeluaran minyak Arab Saudi turut dilaporkan semakin pulih selepas serangan tempoh hari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat