Pasaran Berhati-hati – ECB Bakal Pertimbangkan Semula Rancangan Polisi Ekonomi?

850

Ketua Ekonomi Bank Pusat Eropah Philip Lane pada hari Jumaat mengakui inflasi “sangat tinggi” di Eropah dan berkata institusi kewangan mungkin perlu “memikirkan semula” tentang pendirian dasarnya.

Zon Eropah mencatatkan bacaan inflasi yang mencecah 7.5% pada bulan Mac berdasarkan data awal yang dikeluarkan pada hari ini. Inflasi utama telah memecahkan rekod baharu baru-baru ini, mencapai 5.9% pada bulan Februari. Selain itu, para pakar menganggarkan inflasi akan meningkat lebih tinggi pada masa hadapan.

Kata Lane, pada asalnya jangkaan ECB ada prospek inflasi akan berkembang pada kadar sederhana. Jika ini terjadi maka ECB melihat bahawa perlunya untuk menamatkan pembelian aset bersih pada suku ketiga. Lanjut belia, walauabagaimanapn jika unjuran yang ditetapkan tidak dapat dicapai maka ECB harus melakukan pertimbangan semula.

ECB telah mengumumkan bulan lepas bahawa ia akan menamatkan program pelonggaran kuantitatifnya pada suku ketiga memandangkan tekanan inflasi yang lebih tinggi. Bagaimanapun, jangkaan bank pusat dilihat berada di persimpangan jalan kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah membawa cabaran ekonomi baharu, terutamanya kenaikan harga minyak dan makanan.

Justeru, ia menjadi salah satu dilema yang dihadapi oleh ECB mengenai bagaimana menangani tahap inflasi yang tinggi sambil menangani momentum ekonomi yang lebih perlahan.

Matawang Euro kini didagangkan dengan lebih rendah dengan penyusutan 0.26% kepada paras dagangan 1.1035.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat