Pasaran Berisiko Mula Kurang Dapat Perhatian? US Dolar Kekal Dominasi Menjelang FOMC

273

US dolar dilaporkan kekal kukuh menghampiri paras tertinggi dua dekad berbanding mata wang utama pada hari Selasa apabila para pelabur berpegang teguh dengan jangkaan yang menjangkakan satu lagi kenaikan kadar agresif oleh Rizab Persekutuan.

Bank pusat Sweden menetapkan nada yang ‘hawkish’ untuk minggu ini dengan menaikkan kadar dengan mata peratusan penuh pada hari Selasa. Kenaikan kadar oleh Riksbank adalah lebih besar daripada jangkaan penganalisis, menyebabkan mata wang Sweden melonjak seketika berbanding euro dan US dolar.

Walaubagaimanapun, ia gagal untuk mengekalkan momentum tersebut dengan mata wang euro melonjak naik ke paras dagangan 10.46 berbanding crowns. US dolar pula melonjak 0.36% kepada paras dagangan 10.82 crowns.

Tumpuan pasaran pada mesyuarat FOMC yang akan menumpukan pada penetapan kadar faedah. Pasaran telah menetapkan kebarangkalian kenaikan 75 mata asas, dengan kira-kira 15% peluang peningkatan mata peratusan penuh.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama kukuh 0.34% kepada paras dagangan 109.838. Dalam masa yang sama memberikan sokongan tambahan, hasil Perbendaharaan A.S. dua tahun, yang sangat sensitif terhadap jangkaan dasar, meningkat setinggi 3.992% pada awal dagangan London.

Pasaran turut menumpukan pada data perumahan A.S. Laporan terbaru menunjukkan pembinaan rumah meningkat diluar jangkaan pada bulan Ogos. Housing starts melonjak 12.2% setahun sebanyak 1.575 juta pada bulan Ogos.

Mata wang euro susut 0.29% kepada paras dagangan 0.9992 berbanding US dolar. Manakala sterling susut 0.13% kepada paras dagangan 1.1416. Bank of England akan memutuskan dasar pada hari Khamis, dan pelabur berbelah bahagi antara kenaikan 50 atau 75 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat