Pasaran Berisiko, USD Dapat Kelebihan, AUD/USD Menjunam Minggu Ini

252

Sentimen pasaran dinilai kembali berisiko susulan kemerosotan pasaran saham global dengan indeks-indeks utama mengalami penurunan.

Sementara menjadi tumpuan adalah lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang turut telah menyokong kenaikan nilai US dolar di samping sentimen risk-off.

Mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia dan dolar New Zealand pula kembali alami penyusutan nilai pada minggu ini.

Seperti yang diteliti pada carta harga pasangan mata wang AUD/USD, pelabur menyaksikan tekanan US dolar ke atas dolar Aussie berbanding minggu sebelum ini.

Harga telah membuat penurunan dari paras ketinggian 0.73100 yang dicapai Rabu lalu sehingga kembali semula ke zon 0.71800 bersambung pada dagangan hari ini (Rabu).

Bagi pelabur Aussie, tumpuan bakal terarah kepada laporan data pekerjaan Australia pada sesi Asia esok hari (Khamis) yang berkemungkinan akan memberi kesan terhadap penyusutan nilai ekoran jangkaan penurunan pada angka pertambahan pekerjaan bulan Disember 2021.

Sekiranya laporan tersebut kurang memuaskan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah setelah melepasi zon 0.71800 sebagai zon sokongan semasa buat harga.

Penurunan lanjut yang diteruskan bakal menguji semula zon sokongan pada 0.71100-0.71000 untuk catatkan paras terendah terbaru 4 minggu.

Namun, jika harga kembali melonjak semula selepas mendatar di atas zon 0.71800, berkemungkinan akan memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish.

Zon 0.72300 akan menjadi rintangan bagi kenaikan harga sebelum kenaikan yang diteruskan akan menjadikan sasaran seterusnya pada zon 0.72800 dan zon 0.73100 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat