Pasaran Berjaga-jaga Nantikan Keputusan Pilihan Raya AS

459

Kewaspadaan membelenggu pasaran mata wang ketika pelabur menumpukan perhatian kepada perkembangan semasa pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat.

US dolar kekal didagangkan lemah pada sekitar paras terendah satu bulan berbanding kebanyakan mata wnag utama ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Menurut BBC, Demokrat kini mendahului di Senat dengan memperoleh 48 kerusi daripada 50 kerusi yang dipertandingkan, sementara Republikan mempunyai 47 kerusi.

Bagaimanapun, di Dewan Rakyat pula Republikan mendahului dengan selesa susulan 198 kerusi dimenanginya daripada 218 kerusi yang dipertandingkan. Malangnya, Demokrat hanya memperoleh 173 kerusi di Dewan (setakat jam 4.40 petang).

Sekiranya ‘pertarungan’ sengit ini berakhir dengan kemenangan Republikan, pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kesukaran untuk melaksanakan rancangannya pada masa akan datang.

Sementara itu dalam perkembangan di Eropah, euro masih mengekalkan pengukuhannya pada sekitar harga pariti $1 walaupun pergerakan harga dilihat mendatar pada sesi dagangan hari ini.

Mata wang pound pula sedikit meningkat selepas bergerak perlahan pada sesi Asia, dengan pelabur kini menantikan penerbitan data ekonomi UK pada Jumaat.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand masing-masing mempertahankan keuntungan walaupun kenaikan harga terhenti ketika pelabur berwaspada menanti keputusan pilihan raya AS.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat