Pasaran Bimbang – A.S Dan Taiwan Rancang Adakan Rundingan Perdagangan!

410

Terkini, Amerika Syarikat dijangka akan mengadakan rundingan perdagangan baharu dengan Taiwan, kata pegawai A.S. pada hari Rabu. Langkah ini dikeluarkan beberapa hari selepas Presiden Joe Biden melancarkan rancangan ekonomi untuk Asia dimana ianya dispekulasi sebagai untuk menekan China.

Washington dan Taipei akan membangunkan peta hala tuju sebagai Inisiatif A.S.-Taiwan yang dirancang untuk Perdagangan Abad Ke-21 dalam beberapa minggu akan datang kemudian ia akan diikuti dengan pertemuan secara peribadi di ibu negara A.S berdasarkan laporan daripada pegawai kanan A.S.

Inisiatif itu bertujuan untuk “mencapai perjanjian dengan komitmen standard tinggi yang mewujudkan kemakmuran yang inklusif dan tahan lama” bagi isu-isu yang termasuk pemudahan kastam, memerangi rasuah, piawaian mengenai perdagangan digital, hak buruh dan standard alam sekitar yang tinggi.

Inisiatif dua hala itu sebahagian besarnya selari dengan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) pentadbiran Biden, iaitu merupakan perkongsian ekonomi dengan 13 negara Asia. Namun begitu, Taiwan dikecualikan dalam jemputan tersebut pada tempoh hari.

Penganalisis berpendapat bahawa negara lain berkemungkinan teragak-agak untuk menyertai kumpulan dengan Taiwan kerana imbang akan menimbulkan kemarahan Beijing, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri. Lebih 200 ahli Kongres A.S. telah menggesa agar Taiwan dimasukkan ke dalam IPEF.

Pengumuman mengenai rundingan Taiwan itu dibuat selepas mesyuarat pada hari Rabu antara Timbalan Wakil Perdagangan A.S. Sarah Bianchi dan ketua perunding perdagangan Taiwan John Deng.

Bercakap di Taipei, Deng berkata mereka berharap akan ada peluang tidak lama lagi untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas yang telah lama dicari Taiwan dengan Amerika Syarikat, sambil menyatakan bahawa mereka masih berusaha untuk menyertai IPEF.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat