Pasaran Bimbang Penularan Wabak Koronavirus – Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Matawang!

506

US dolar mengukuh sehingga kepada paras tertinggi 4 bulan berbanding matawang Euro berikutan kebimbangan pasaran terhadap koronavirus sehingga membuatkan pemain pasaran lebih memilih untuk melabur pada matawang safe haven. Dalam masa yang sama, unjuran ekonomi A.S dilaporkan postif dan data zon Eropah dilaporkan lemah menyebabkan pemain pasaran lebih memilih matawang US dolar.

Di China, orang ramai mula memasuki kerja semula pada hari Isnin selepas cuti panjang lanjutan tahun baru yang dilanjutkan oleh Kerajaan berikutan penularan wabak Koronavirus. Setakat ini lebih daripada 900 orang telah meninggal dunia di China akibat daripada penularan wabak koronavirus yang mula didapati di bandar utama Wuhan pada tahun lepas.

Para pelabur bimbang bahawa penularan wabak koronavirus akan menjejaskan prospek ekonomi global. Data ekonomi A.S yang kukuh menyebabkan para pelabur lebih memilih US dolar berbanding matawang lain. Data pada hari Jumaat menunjukkan bahawa pertumbuhan A.S bertumbuh dengan lebih pantas pada bulan Januari. Disisi lain, data pada hari Isnin menunjukkan pengeluaran industri di Itali lebih lemah daripada yang dijangka pada bulan Disember.

Dalam masa yang sama, matawang safe haven juga menjadi pilihan para pelabur menyebabkan matawang yen dan Swiss franc mengukuh.

Matawang Euro susut kepada paras terendah empat bulan iaitu pada paras $ 1.0925 berbanding US dolar. Matawang pound pula susut kepada paras terendah dua bulan iaitu $ 1.2870 sebelum kukuh semula kepada paras $ 1.2938.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.11% pada paras 98.680 setakat jam 11.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat