Pasaran Bursa Saham Dan Ringgit Malaysia Bakal Melonjak Kembali? Ini Pendapat Bekas Pengerusi CIMB.

1,021

Kini sudah 1 tahun kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah Malaysia. Pelbagai pandangan dan persepsi yang telah diutarakan tentang prestasi PH selama 1 tahun pemerintahan dalam kalangan rakyat sehinggalah kepada penganalisis politik.

Dalam 1 tahun ini, kerajaan PH telah bertekad untuk membawa pembaharuan baru kepada negara dengan meluruskan urus tadbir negara, reformasi institusi dan beberapa perkara berbangkit lain.

Namun, sepanjang 1 tahun ini, Malaysia turut dibelenggu krisis politik dan isu 1MDB, sehinggakan hal ini memberi kesan kepada pergerakan pada pasaran saham dari Bursa Malaysia. Prestasi semasa pasaran Bursa berada dalam tahap yang kritkal sehingga beberapa laman web terkenal seperti Bloomberg, FTSE Russell menyatakan bahawa pasaran saham Malaysia antara pasaran yang menunjukkan prestasi paling teruk sekali.

Walaubagaimanapun, masih terdapat harapan dalam pasaran saham Malaysia. Nazir Razak yang merupakan bekas pegawai eksekutif Kumpulan CIMB menerusi The Edge, melaporkan bahawa pasaran Bursa Malaysia dijangka akan kembali melonjak naik berikutan disokong oleh pelabur asing.

Sebelum ini indeks bursa Malaysia telah jatuh sebanyak sbeanyak 11% dan ringgit Malaysia juga telah susut sebanyak 4.5%. Hal ini adalah disebabkan ketidakpastian yang terhasil selepas pilihan raya tahun lepas.

Tambah beliau para pelabur tidak suka kepada ketidakpastian jangka pendek. Namun selepas 1 tahun ini, kita mula dapat melihat bahawa kerajaan sedang menimbang kembali setiap keputusan yang dilakukan dan dengan ini beliau berharap prestasi saham akan melonjak naik.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat