Pasaran Buruh Masih Kekal Kukuh? US Dolar Sedia Melonjak Ke Paras Tertinggi Baru!

403

US dolar terus mengukuh berbanding Euro dan mata wang sterling pada hari Khamis selepas mencecah paras tertinggi 24 tahun berbanding yen Jepun, apabila pelabur menjangkakan kenaikan kadar faedah A.S akan lebih tinggi dan kekhuatiran terhadap kesihatan ekonomi Eropah.

Mata wang Euro terus susut berbanding US dolar sebanyak 0.66% penyusutan kepada paras dagangan 0.9990. Manakala mata wang pound mencecah paras terendah baru dua setengah tahun pada $1.15545 turun sekitar 0.5%, kerana permintaan terhadap US dolar.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.54% kepada paras dagangan 109.250.

Tuntutan awal untuk insurans pengangguran jatuh ke paras terendah sejak akhir Jun minggu lalu, petanda bahawa pasaran buruh berdaya tahan dalam keadaan ekonomi yang perlahan.

Tuntutan berjumlah 232,000 untuk minggu berakhir 27 Ogos, penurunan 5,000 daripada tempoh sebelumnya dan terendah sejak 25 Jun, berdasarkan laporan Jabatan Buruh sebentar tadi. Para pakar ekonomi malah meramalkan bacaan 245,000.

Angka ini hadir sehari sebelum data NFP dikeluarkan pada esok hari. Wall Street menjangkakan laporan itu menunjukkan bahawa perolehan pekerjaan pada bulan Ogos sebanyak 318,000.

Walaupun selepas mencapai rekod baharu, kekuatan USD mempunyai skop untuk mengukuh lebih jauh, dirangsang oleh kelembapan global dan masalah tenaga Eropah khususnya,” kata penganalisis di Generali Insurance Asset Management.

Jangkaan untuk kenaikan kadar AS sebanyak 75 mata asas pada mesyuarat Rizab Persekutuan bulan depan meningkat di sebalik data ekonomi yang kukuh, dengan niaga hadapan dana Fed terakhir menunjukkan peluang sekitar 75% untuk peningkatan sedemikian.

Pasaran kini memberi tumpuan pada penting seperti data NFP yang akan dikeluarkan pada esok hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat