Pasaran Buruh Negara All Black Ini Semakin Baik

54

Ekonomi yang baik adalah ekonomi yang mampu memberi peluang kerja yang banyak kepada rakyat dalam sesebuah negara.

Sebarang data yang mencatatkan kadar pengangguran di atas 5% menunjukkan ekonomi itu sedang mengalami masalah. Hal ini disebabkan ekonomi negara itu tidak mampu memberikan peluang pekerjaan kepada sebahagian besar penduduknya.

Data gunatenaga (buruh) New Zealand meningkat pada suku ketiga dengan kadar pengangguran turut berkurang memberikan gambaran ekonomi yang agak baik bagi negara All black ini.

Gunatenaga naik 1.4% daripada suku kedua yang menunjukkan peningkatan lebih dari jangkaan 0.6% berbanding 2.4% pada suku sebelum itu.

Laporan oleh Jabatan Statistik New Zealand ini juga mengeluarkan kadar pengangguran iaitu 4.9% berbanding 5.1% pada suku kedua menunjukkan penyusutan sebanyak 0.2%.

Rajah dibawah menunjukkan kadar pengangguran yang menyusut menunjukkan pasaran buruh yang semakin baik sejak tahun 2014.

lan-96Walaupun kadar pengangguran semakin baik, tetapi gunatenaga yang mencatatkan peningkatan 1.4% pada suku ketiga adalah lebih rendah daripada suku kedua iaitu 2.4%. Kedua-dua data ini memberi isyarat masih ada sedikit kelemahan dalam pasaran buruh New Zealand.

Data penyertaan penduduk New Zealand dalam gunatenaga New Zealand juga menunjukkan peningkatan sejak tahun 2014. Ia boleh dilihat dalam rajah dibawah.

lan-97Pun begitu, secara keseluruhan ekonomi New Zealand dilihat sedang berkembang, tetapi masih ada risiko kepada deflasi. Consumer Price Index (CPI) atau Indeks Harga Pengguna hanya naik 0.2% pada suku ketiga memberikan RBNZ (Bank pusat New Zealand) kebimbangan dan penelitian kepada dasar monetary sedia ada.

 

Aktiviti Perdagangan New Zealand Pada September Suram

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat