Pasaran Dalam Berjaga-jaga, Yen Lemah Di Sisi USD!

612

Greenback cuba mempertahankan kedudukan berbanding kebanyakan matawang utama ketika hasil perbendaharaan AS mula menyusut dari paras tertinggi lebih satu tahun menjelang mesyuarat FOMC.

Penanda aras hasil bon kerajaan 10 tahun susut pada 1.592% pada awal sesi Asia. Sementara indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diniagakan stabil pada 91.83.

Kebanyakan pasangan matawang utama didagangkan di sekitar paras harga yang sama, di mana matawang euro dan pound susut sedikit berbanding dolar greenback.

Sementara matawang komoditi memaparkan kenaikan sederhana, disokong oleh prospek terhadap perningkatan permintaan menyebabkan harga komoditi meningkat.

US dolar mengukuhkan kedudukan di paras tertinggi sejak Jun berbanding yen Jepun dan diniagakan sekitar 1.19000 berbanding euro.

Bank Pusat Jepun (BOJ) dan Bank of England (BOE) juga akan bertemu pada minggu ini.

Mengikuti perkembangan vaksin semasa, lebih banyak negara-negara Eropah telah menangguhkan sementara penggunaan vaksin AstraZeneca. Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis adalah antara yang terbaru menangguhkan penggunaan disebabkan kebimbangan terhadap kesan sampingan kepada penerima.

Itali juga mengenakan sekatan menjelang cuti Easter Day dan menurut ketua agensi kesihatan awam Jerman, gelombang ketiga coronavirus di Jerman telah bermula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat