Pasaran Dalam ‘Mod Senyap’ Menjelang Sesi New York!

134

Pasaran kembali bergerak perlahan susulan dagangan menyuramkan yang dicatatkan pada awal minggu, memperlihatkan US dolar berlegar pada paras ketinggian 2 minggu.

Setelah meraih keuntungan pada awal minggu, indeks dolar berhenti daripada membuat kenaikan ketika tumpuan pelabur terus tertumpu pada perkembangan semasa mengenai Covid-19 di China.

Kebimbangan pelabur terus meningkat setelah Beijing mengeluarkan amaran mengenai keadaan yang semakin kritikal di bandar itu.

Sementara itu, dagangan mata wang utama dilihat lebih stabil susulan kerugian yang dialami pada Isnin.

Euro berlegar pada sekitar paras terendah satu minggu ketika para pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) memberi petunjuk berbeza untuk langkah pengetatan akan datang.

Mata wang pound pula kembali memadamkan beberapa kerugian, namun pergerakannya kekal terbatas di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai isu pasca-Brexit.

Ini susulan laporan terdahulu bahawa Perdana Menteri UK Rishi Sunak dikatakan tidak akan meneruskan hubungan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang bergantung pada undang-undang blok tersebut.

Hal ini mungkin membawa kepada pertelagahan seterusnya buat kedua-dua pihak, walaupun Brexit telah dicapai 2 tahun lalu.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand didagangkan stabil dengan tumpuan pelabur terarah kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang akan berlangsung pada Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat