Pasaran Dihangatkan Oleh Perkembangan Positif Brexit dan Krisis Politik Eropah

311

Pergerakan pasaran pada Rabu dilihat agak bercampur-campur dengan matawang dolar Amerika Syarikat USD diniagakan lemah sementara dolar Euro masih lagi bertahan walaupun krisis politik di Itali semakin tegang di mana Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte telah mengumumkan peletakan beliau semalam.

Dagangan dolar USD kembali lemah pada hari ini selepas mencapai paras tertinggi tiga minggu dengan peningkatan kembali hasil pulangan bon AS sebelum ini.

Bank-bank pusat bakal berhimpun di Jackson Hole, Wyongmin pada Jumaat ini dengan pasaran akan memberi lebih fokus terhadap ucapan Pengerusi Fed Jerome Powell. Pasaran menjangkakan petunjuk ke arah penurunan lebih rendah kadar faedah.

Sementara itu, dagangan Pound Sterling kembali melonjak pada sesi dagangan New York semalam berikutan terdapat perkembangan positif Brexit.

Dalam pertemuan bersama Perdana Menteri UK Boris Johnson, Canselor Jerman Angela Merkel menyatakan Kesatuan Eropah sedang mencari jalan untuk isu sempadan dengan penyelesaian yang praktikal. Susulan kenyataan Merkel tersebut, matawang GBP melonjak lebih 110 pips berbanding USD semalam sebelum pergerakan harga kembali perlahan.

Berhubung perkembangan hubungan dagang Amerika Syarikat dan China, Presiden AS Donald Trump dalam kenyataan pada media akaun sosial Twitter beliau menyatakan bahawa beliau masih belum bersedia untuk berunding bersama China.

Menteri Luar China juga dalam kenyataan terbaru beliau menyebut bahawa ketidakpuasan hati terhadap sekatan Amerika Syarikat terhadap syarikat teknologi China, Huawei Technologies.

Ini adalah susulan kebenaran penangguhan selama 90 hari sekatan Amerika terhadap Huawei. Pengasas Huawei, Ren Zhengfei walau bagaimanapun optimis syarikat tersebut bakal mencipta sejarah dan mendominasi dunia teknologi dalam masa beberapa tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat