Pasaran Dilihat Berhati-Hati Ke Arah Undian Brexit Peringkat Parlimen Esok

780

Antara matawang yang boleh mengukur tahap sentimen pasaran semasa iaitu Dolar Australia dan Dolar New Zealand, didagangkan rendah pada permulaan dagangan minggu ini berikutan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China yang disebabkan oleh penguncupan mengejut dalam sektor eksport China pada sesi Asia hari ini.

Sentimen pasaran hari ini bertukar negatif selepas data daripada China menunjukkan sektor eksport untuk bulan Disember telah merosot sekaligus memberi bayangan bahawa ekonomi kedua terbesar di dunia sedang mengalami pertumbuhan ekonomi yang suram.

Sementara itu, Dolar AS pula diniagakan rendah setakat hari ini. Selepas mendapat sinar pada 2018 dimana Dolar AS meningkat 4.3% apabila bank pusat A.S. menaikkan kadar faedah empat kali, pelabur kini menjangkakan FED akan menghentikan dasar pengetatan kewangannya pada tahun ini. Tambahan lagi, Pengerusi FED Jerome Powell sekali lagi mengulangi pada minggu lalu bahawa FED mempunyai keupayaan untuk bersabar terhadap dasar kewangan semasanya memandangkan kadar inflasi masih di tahap yang memberangsangkan.

Dalam perkembangan di Eropah, Euro bergerak sedikit menurun selepas data pengeluaran industri sebentar tadi menunjukkan dalam risiko kemelesetan. Beralih ke Britain pula, Pound Sterling juga menurun dari paras tujuh minggu tertinggi apabila para pelabur kelihatan sedang bersedia untuk undian terhadap perjanjian Brexit Theresa May yang dijadualkan akan berlangsung pada esok.

Perdana Menteri Theresa May mesti memenangi undian ini untuk mendapatkan kelulusan dalam perjanjian Brexit beliau ataupun beliau bakal berdepan dengan keadaan yang huru-hara jika gagal dalam undian ini. Setakat ini, pasaran melihat undian tidak memihak kepada Theresa May dan peluangnya untuk memenangi undian ini adalah tipis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat