Pasaran Ekuiti Bercampur Pada Awal Minggu Menjelang Mesyuarat FOMC

153

Sesi dagangan awal minggu mempamerkan aliran pasaran ekuiti bergerak lemah menjelang mesyuarat Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Khamis.

Pergerakan ekuiti di Asia memperlihatkan Nikkei Jepun susut 0.6% dan Topix hilang 0.42% manakala Kospi Korea Selatan naik sedikit sementara Kosdaq jatuh 0.16%.

Secara keseluruhan, indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun berada dalam aliran negatif pada permulaan sesi dagangan.

Di Wall Street, niaga hadapan Dow Jones Industrial dan S&P 500 masing-masing turun 0.1% sementara niaga hadapan Nasdaq Composite tambah 0.1%.

Fokus minggu ini berpaksikan meysuarat FOMC yang dijangka berlangsung pada Khamis dengan 80.5% menjangkakan Fed melaksanakan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas.

Selain itu, pada hari yang sama sebelah malam pula akan terdapat terbitan bacaan indeks harga pengguna (GDP) bagi suku ke-2 AS.

Tidak dilupakan bahawa musim laporan korporat masih berjalan dengan Apple Inc, Microsoft Corp, Meta Platform Inc dan beberapa lain akan keluarkan keputusan mereka minggu ini.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mewartakan (Monkeypox) sebagai ‘kecemasan kesihatan global’ selepas ketua Tedros Adhanom Ghebreyesus mengumumkan keputusan tersebut ekoran gangguan pergerakan di seluruh dunia.

Aliran mata awang pula menyaksikan indeks dolar berada pada 106.691 dengan Yen Jepun kekal mengukuh pada $136.33.

Bagi komoditi, minyak mentah AS naik 0.22% pada $94.91 sementara minyak mentah Brent capai 0.42% pada $103.63.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat