Pasaran Ekuiti Kekal Merah Di Seantero Glob, Hasil Bon & Dolar Canak Lagi

191

Impak bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang membawa jangkaan kenaikan kadar faedah tertinggi sejak 28 tahun lalu telah menyebabkan pasaran ekuiti kekal merosot buat 2 sesi berturut-turut.

Pelabur meramalkan Federal Reserve (Fed) bakal menaikan 75 mata asas, kenaikan terbesar sejak 1994, pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis dalam usaha bank pusat tersebut mengawal lonjakan harga yang hangat.

Perkara ini telah disahkan dalam nota penganalisis Goldman Sachs yang menyatakan Fed akan lebih konsisten menaikkan kadar dalam usaha menjinakkan inflasi dan meramalkan kemungkiann kemelesetan pada pertengahan 2023.

Ekoran itu indeks di Wall Street alami penurunan dengan Dow Jones Industrial turun 0.5% ke paras terendah 16 setengah bulan, S&P 500 susut 0.38% untuk memasuki kawasan bearish dan Nasdaq Composite raih sedikit keuntungan sebanyak 0.18%.

Tolok MSCI saham seluruh dunia jatuh 0.65% ke paras terendah sejak November 2020 sementara indeks ekuiti pan-Eropah junam ke paras terendah Mac 2020 pada 1.26%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun ditutup 0.59% seiring penurunan Wall Street manakala Nikkei Jepun hilang 1.32%.

Tatkala ekuiti menurun, hasil bon kerajaan masuki momentum dengan hasil perbendaharaan 2 tahun naik 3.4560% ke paras tertinggi sejak November 2007 dan hasil perbendaharaan 10 tahun capai 3.4980%, puncak tertinggi 11 tahun.

Selain itu, dolar turut mencengkam puncak dengan indeks greenback naik 0.3% pada 105.65 sementara Euro turun ke paras terendah 1 bulan pada $1.04160 dan Yen Jepun capai ke paras terendah baru 24 tahun pada 135.42.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak mentah Brent jatuh 1.17% pada $120.84 setong dengan pelabur bimbang akan kesan kenaikan kadar terhadap permintaan dan cadangan cukai AS ke atas keuntungan syarikat minyak.

Spot emas pula menyusut 0.53% pada $1,809.40 per auns apabila dolar mengukuh dan kenaikan hasil turut beri tekanan terhadap emas.

Bitcoin (BTC) kekal dalam kejatuhan pada $20,816 selepas menurun 2.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat