Pasaran Ekuiti Mencanak Ketika Hari Cuti Umum AS

150

Sesi dagangan saham seluruh dunia mempamerkan aliran positif di sebalik pasaran Amerika Syarikat (AS) yang masih ditutup ekoran sambutan hari kemerdekaan.

Saham-saham Eropah memasuki rali 0.8% sementara FTSE Britain mencapai 1% hasil sokongan syarikat minyak dan gas.

Indeks MSCI ekuiti dunia meraih 0.38%, selepas mencatat kerugian sebanyak 2.3% pada minggu lalu sementara tolok meluas MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun meningkat 0.34% dan Nikkei Jepun bertambah 0.84%.

Pasaran China memperlihatkan saham cip biru negara tersebut ditutup tinggi 0.7%, didorong lonjakan pada saham bertemakan kesihatan pada 4.65%.

Pasaran Wall Street kekal dalam penutupan dengan niaga hadapan S&P 500 dan Nasdaq Composite jatuh 0.4% dan 0.5%.

Ulas Sebastien Galy dari Nordea Asset Management, pasaran sedang cuba mencari tapak namun keadaan turun naik terus mempengaruhi pergerakan.

Hasil Perbendaharaan juga ditutup namun niaga hadapannya melanjutkan keuntungan dengan hasil 10 tahun berada pada sekitar 2.88%, selepas jatuh 61 mata asas dari puncak Jun.

Pergerakan mata wang memperlihatkan dolar bergerak suram 0.06% pada 104.99 berbanding sejumlah lain, menjauhi paras tertinggi 20 tahun.

Euro mencengkam keuntungan 0.13$ pada $1.0442 dengan jangkaan kenaikan kadar oleh bank pusat Eropah (ECB) membantu lonjakan sementara dolar mencapai 0.3% pada 135.48 Yen, selepas mencapai tahap tertinggi 24 tahun pada 137.01 minggu lalu.

Bagi komoditi, minyak yang diapit kebimbangan isu bekalan selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) mengurangkan pengeluaran, pergolakan di Libya dan sekatan Rusia telah membuatkan harga mencanak.

Rentetan itu, minyak mentah Brent melompat 1.25% pada $113.02 sementara minyak mentah AS mencanak 1.2% pada $109.76.

Tumpuan Pasaran Selepas Cuti AS

Pada sisi berbeza, AS kini berada dalam kemelesetan dengan ramalan bacaan keluaran dalam negara kasar (GDP) Federal Reserve (Fed) Atlanta merosot -2.1% tahunan bagi suku ke-2.

Selain itu, laporan senarai gaji dijangka menyaksikan kadar petumbuhan yang perlahan kepada 270,000 pada bulan Jun dengan purata pendapatan melemah 5.0%.

Sementara, minit mesyuarat dasar Fed pada Rabu dijangka hawkish memandangkan jawatankuasa menetapkan kenaikan kadar sebanyak 75 mata asas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat