Pasaran Emas Keluar Daripada Paras Terendah 2 Minggu Lalu, Naik Melebihi $1280

46

Harga emas meningkat pada hari Selasa dengan kelemahan matawang dolar dalam sesi dagangan Asia, memulihkan sentimen pembelian fizikal emas dalam pasaran.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX naik 0.27% atau $3.21 kepada $1,284.36 per auns. Indeks US dolar pula jatuh 0.14% kepada 93.59 setakat jam 12 tengahhari.

Antara yang menyokong pengukuhan emas ketika ini adalah jangkaan Presiden Trump akan memilih Jerome Powell sebagai calon yang bakal menggantikan jawatan pengerusi Fed tahun depan.

Semalam tiada perubahan besar terhadap pergerakan emas berikutan kekuatan dolar terus menghalang peningkatan harga logam berharga ini sejak dua minggu lalu. Dolar semakin mengukuh disebabkan oleh jangkaan pembaharuan cukai Trump bakal diluluskan serta rate hike oleh Fed pada bulan Disember nanti.

Usaha pasaran emas untuk menutup semula kerugian sejak kejatuhan harga daripada paras penting $1,300 dihalang oleh kedua-dua faktor diatas yang telah mengukuhkan dolar sepanjang minggu lalu.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. Dolar yang lemah menyebabkan emas lebih mudah untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang rendah.

Paras support berada di harga terendah harian $1,272 dan terendah bulan Oktober $1,260. Paras resistance pula berada pada harga tertinggi harian $1,285/89

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat