Pasaran Emas Sunyi Je Hari Ini, Apa Dah Berlaku?

1,108

Emas mencari sokongan untuk kembali meningkat selepas tergelincir di bawah paras harga $1,900 per auns pada dagangan Jumaat susulan kenaikan semula hasil bon AS 10 tahun.

Pada awal sesi Eropah, logam berharga itu didagangkan susut di sekitar harga $1,890 per auns, merosot lebih rendah dari paras ketinggian empat setengah bulan yang dicapainya pada Rabu.

Walaupun sedikit susut, namun logam kuning itu kini berada di landasan untuk kenaikan mingguan keempat beturut-turut setelah melonjak sekitar 0.5% minggu ini.

Hasil bon AS 10 tahun kembali meningkat di atas tahap 1.6%, susulan laporan yang mengatakan Presiden Joe Biden bakal mengumumkan belanjawan bernilai $6 trilion untuk tahun fiskal 2022, pada hari Jumaat.

Selain itu, pergerakan harga emas turut dibataskan oleh bacaan memberangsangkan dalam data tuntutan pengangguran AS pada minggu lalu, yang dilaporkan menurun ke tahap terendah sejak pertengahan Mac 2020.

Pelabur kini menantikan laporan indeks harga teras (PCE) yang akan diterbitkan pada mala mini ketika sesi New York, di mana ia juga dijadikan sebagai ukuran kepada inflasi oleh Federal Reserve.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat