Pasaran Forex 2018 dan 2019, Apa Yang Trader Patut Tahu? Baca Recap Ini.

1,305

Matawang Yen bakal mengakhiri dagangan tahun ini sebagai sebagai matawang terkuat mengatasi Dolar USD berbanding matawang utama yang lain berikutan aliran tunai pelabur beralih ke arah aset yang lebih selamat untuk 2018.

Aset safe-haven juga mengatasi prestasi matawang Sterling dan Euro akibat krisis belanjawan Itali dan Brexit yang memuncak. Selain itu, antara isu utama yang menjadi tumpuan pada tahun ini adalah berita mengenai perselisihan perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Bukan itu sahaja, kemerosotan pasaran minyak mentah global juga mengheret matawang komoditi terutamanya Dolar Kanada ke paras dagangan yang rendah.

Permulaan awal tahun 2018, Yen didagangkan lebih tinggi berikutan pada nilai matawang USD namun kembali melemah selepas Dolar AS kembali mengukuh pada sekitar April.

Selepas dagangan Yen berbanding USD mencecah paras terendah untuk tahun ini pada Oktober lalu, Yen mendapat permintaan yang tinggi pada Disember dalam ketidaktentuan pasaran saham global.

Jika tiada sebarang faktor yang boleh meningkatkan kembali keyakinan terhadap aset yang berisiko dan pertumbuhan global untuk 2019, Yen dijangka menjadi tarikan oleh pasaran. Tinjauan daripada pihak Bloomberg melihat Yen dijangka mengukuh sekitar 109.00 berbanding Dolar menjelang akhir tahun 2019.

Tambahan lagi, minat pelabur terhadap Yen juga berpunca dari kelemahan pasaran komoditi terutamanya minyak mentah global dimana kelemahan harga minyak menyebabkan sentimen pasaran berada di dalam keadaan berisiko. Selepas mengukuh selama dua tahun berturut-turut, WTI rugi sekitar 24% pada tahun ini manakala Brent pula menyusut sebanyak 19%.

Untuk dagangan pada 2019, beberapa faktor utama yang dilihat bakal menjadi perhatian pasaran adalah perkembangan proses pengunduran Britain daripada Kesatuan Eropah ataupun dengan nama lainnya adalah Brexit.

Keduanya adalah mengenai kegoyahan faktor politik Perancis dimana Emmanuel Macron berkemungkinan hilang kuasa sebagai Presiden Perancis. Ketiga pula adalah isu yang masih lagi berlarutan iaitu perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Seterusnya adalah berkenaan hala tuju bank pusat Federal Reserve terhadap perjalanan untuk kenaikan kadar faedahnya dimana krisis timbul apabila Trump tidak senang dengan keputusan pengerusi FED, Jerome Powell.

Akhir sekali, tidak ketinggalan kepada isu minyak mentah global yang tidak stabil lebih-lebih lagi dikhabarkan bahawa Qatar akan meninggalkan OPEC untuk bergerak sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat