Pasaran Forex Global Sudah Berubah & Semakin Kompleks – Bank Negara

67

Dalam laporan tahunan Bank Negara 2016 minggu lalu, BNM mengatakan ‘volatility‘ (turun-naik) tukaran matawang (forex) sejak beberapa tahun lepas adalah disebabkan faktor bermusim.

Ia termasuklah penggunaan polisi monetari tak-konvensional (pelonggaran) oleh negara-negara besar dunia selepas krisis kewangan dunia 2008 yang telah mengubah sentimen dalam pasaran kewangan global, katanya.

Negara-negara pesat membangun (emerging market) juga berhadapan dengan peningkatan ‘volatility‘ terhadap nilai matawang mereka, terutamanya selepas krisis kewangan di negara-negara maju, kata Bank Negara.

“Turun-naik ini dilihat berterusan, di mana pergerakan kadar tukaran matawang dan ‘fundamental’ matawang itu tidak bergerak sehaluan,” kata laporan tersebut.

Bank Negara mengatakan, evolusi struktur pasaran tukaran matawang (forex) telah memburukkan lagi ‘volatility‘ (turun-naik) kadar tukaran matawang. Pasaran ini semakin besar dari segi saiznya melebihi pertumbuhan aktiviti ekonomi global.

“Dalam masa yang sama, pemain pasaran dan juga sikap mereka turut berubah dengan pasaran yang semakin kompleks. Peningkatan struktur seperti ini, ditambah lagi dengan struktur yang ‘tegar’ (rigid) seperti kebergantungan kepada US dolar telah menyumbang kepada peningkatan ‘volatility‘ dalam tukaran matawang,” katanya.

Dalam hal ini, Bank Negara mengatakan perubahan struktur utama yang meningkatkan dagangan tukaran matawang asing (forex) adalah peningkatan dalam dagangan ‘elektronik’ dan ‘algorithmic’ yang telah mengurangkan kos transaksi yang signifikan dan peningkatan kecairan pasaran.

” Selain perubahan yang telah meningkatkan ‘kedalaman’ (depth) pasaran forex, ia juga semakin terdedah kepada aktiviti spekulasi dan ketamakan ‘volatility‘. Ini kita boleh lihat dalam keadaan pasaran yang ‘uncertainty‘ (ketaktentuan), di mana ‘traders‘ juga bersikap agresif yang menyebabkan kecairan rendah, seterusnya menyumbang kepada pergerakan-pergerakan yang mendadak,” kata Bank Negara dalam laporan tahunan 2016.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat