Pasaran Gementar Menunggu Pengumuman Trump Terhadap China Malam Ini

2,287

Matawang US dollar setakat ini mengukuh pada awal pembukaan sesi New York di mana pasaran ketika ini sedang berhati-hati menjelang pengumuman White House tentang tariff perdagangan sekitar pukul 12.30 tengah malam pada Khamis. Apa yang membimbangkan adalah pengumuman ini melibatkan halangan perdagangan terhadap China khususnya dalam soal tariff.

Sebelum ini Reuters melaporkan bahawa White House sedang mempertimbangkan untuk mengenakan China tariff sebanyak $60 billion.

Pasaran semakin gementar apabila pegawai White House pada Rabu berkata, “esok Presiden akan mengumumkan tindakan selepas siasatan terhadap perdagangan China yang termasuk kecurian harta intelek dan teknologi Amerika Syarikat.”

Sebelum ini, Amerika telah mengenakan cukai import (tariff) keluli dan aluminium masing-masing sebanyak 25% dan 10%. Hal ini sebenarnya memberi isyarat bahawa akhirnya China akan dikenakan tariff oleh A.S. dan ia semakin pasti dalam pengumuman Presiden Trump sekitar pukul 12.30 tengah malam pada Khamis.

Ini adalah satu tindakan yang serius dan akan berhadapan dengan tindak balas daripada China. Kesannya adalah kepada sentimen pasaran global yang mana akan menyebabkan ketakpastian (uncertainty) dan volatility (turun-naik) yang semakin tinggi dalam pasaran.

Tindakan White House ini semakin membimbangkan jika ‘protectionism‘ akan mengundang tindak balas sama negara-negara lain dalam jangka masa yang lama. Ia sudah tentu merugikan semua negara di dunia dan sebenarnya tiada siapa yang menang dalam perang perdagangan ini.

Ia bukan sahaja akan menyebabkan matawang safe-haven mendapat permintaan tinggi, tetapi juga menyebabkan kejatuhan pasaran saham. Wallstreet ketika ini telah jatuh lebih daripada 1% menjelang pengumuman Trump pada malam ini.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat