Pasaran Harapkan Tanda-Tanda Positif Daripada Ucapan Trump Pada Hari Ini!

540

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijadualkan akan mendiskusikan polisi perdagangan negara di Kelab Ekonomi New York pada hari Selasa. Tumpuan pasaran kini tertumpu pada ucapan oleh Donald Trump pada hari ini yang dijangka akan memberi beberapa kenyataan baru mengenai perjanjian perdagangan fasa pertama.

Menurut jurubicara Rumah Putih, pasaran dapat menjangkakan bahawa Presiden Trump akan memberi penekanan tentang bagaimana polisi tarif yang rendah akan diterapkan dan polisi perdagangan yang adil.

Pasaran saham Amerika Syarikat sebelum ini mencatat bacaan yang tinggi berikutan harapan Rumah Putih dan Beijing akan mementerai perjanjian perdagangan dan secara tak langsung mengurangkan ketidakpastian ekonomi global. Pada minggu lepas, para pegawai dari kedua belah telah mengungkapkan bahawa pengenaan tarif akan dibatalkan. Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini Trump telah menafikan bahawa belum ada apa-apa perjanjian yang telah dipersetujui.

Menurut pengurus pelaburan, Jim Paulsen mengenai ucapan Trump bahawa ucapan positif mengenai hubungan perdagangan AS-China akan memberikan harapan pada pasaran walaupun tiada rincian mengenai perjanjian “Fasa 1” diberikan nanti.

Ketua Ekonomi di Oxford Economics, Gregory Daco menganggarkan perang perdagangan telah mengurangkan 8-10 peratus pertumbuhan ekonomi A.S dan ditambah pula dengan pelaburan perniagaan yang lemah.

Selain itu, Trump dijangkakan akan menangguh keputusannya untuk mengenakan tarif ke atas kereta import Kesatuan Eropah (EU) untuk enam bulan lagi. Pengumuman tersebut akan dilakukan pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat