Pasaran Hari Ini Bergerak Agak Pasif Ekoran Tiada Data Ekonomi Utama Yang Dilaporkan.

460

Presiden Trump sekali lagi membuat kontroversi. Beliau mengumumkan bahawa A.S. melabelkan Pengawal Revolusi Iran sebagai “Pertubuhan Pengganas Asing”. Beliau juga dilaporkan merancang untuk mengenakan tarif terhadap 11 bilion produk Kesatuan Eropah termasuk pesawat.

Matawang Dolar AS setakat ini dibuka dengan kerugian kecil merentasi spektrum matawang utama G-10. AUDUSD meningkat 0.32% selepas data perumahan Australia keluar lebih tinggi daripada jangkaan pasaran.

USDJPY pula menyambung kemerosotannya dalam julat 111.26-111.56 dan dibuka rendah pada sesi New York. Hal ini sedikit sebanyak disokong oleh data tempahan kilang A.S. yang lemah semalam.

EURUSD setakat ini agak mendatar menjelang mesyuarat ECB esok. Presiden ECB Mario Draghi menyampaikan intonasi yang agak dovish pada mesyuarat bulan lepas dan tidak dijangka menawarkan sebarang pandangan baru terhadap dasar monetarinya.

GBPUSD, naik dari 1.3058 hingga 1.3210 berikutan isu Brexit yang mengatakan bahawa ahli politik UK mengundi untuk menangguhkan artikel 50. Tambahan lagi, Ketua Perunding EU Michael Barnier memberi amaran bahawa EU mungkin tidak memberikan pelanjutan Artikel 50 untuk jangka masa panjang kecuali PM Theresa May dapat meyakinkan ahli parlimen.

Harga minyak mentah global meneruskan pengukuhannya dengan menyentuh paras $64.76 setong walaupun terdapat kebimbangan bahawa konflik dalaman yang berterusan di Libya akan mengganggu eksport mentah 1.1juta barel sehari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat