Pasaran Jangka EUR/USD Menjunam Selepas Mesyuarat ECB Berakhir?

277

US dolar kembali bergerak susut semula dari paras tertinggi 3 bulan pada dagangan Rabu semalam berikutan sentimen berisiko pasaran sedikit reda sementara pasaran saham Amerika Syarikat (AS) menunjukkan peningkatan positif. Pun begitu, pelabur masih tetap berwaspada.

US dolar sebagai mata wang safe-haven kembali lemah semula memberi ruang kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat.

Namun, hasil perbendaharaan 10-tahun AS menunjukkan peningkatan ke paras 1.30% setelah merosot ke paras sekitar 1.13% sebelumnya.

Mata wang Euro juga turut pamerkan peningkatan berbanding US dolar namun, pelabur akan berhati-hati menunggu keputusan mesyuarat dasar bank pusat Eropah hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang bergerak rendah sekitar paras 1.17500 semalam dilihat kembali meningkat semula sehingga ke paras 1.18000.

Harga juga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal memulakan trend bullish.

Kenaikan di atas zon 1.18000 akan memberi jangkaan kenaikan harga menuju sehingga ke paras 1.19000 pada zon SBR (support become resistance).

Namun, pelabur menjangkakan besar kemungkinan untuk European Central Bank (ECB) meneruskan dasar yang longgar pada mesyuarat terbaru dan memberi kesan negatif terhadap pergerakan Euro.

Harga boleh jatuh sehingga ke zon support terbaru pada 1.17200-1.17000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru sejak April lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat