Pasaran Kecewa – Pengumuman Jalan Keluar ECB Dilihat ‘Hambar’!

784

Bank Pusat Eropah menjanjikan sokongan dan skim baharu pada hari Rabu untuk meredakan kemerosotan pasaran yang telah menimbulkan kebimbangan krisis hutang baharu di pinggir selatan kawasan eropah. Namun hal ini dilihat agak mengecewakan untuk pelabur yang mengharapkan langkah lebih berani.

Kos pinjaman kerajaan telah melonjak di blok Eropah sehingga memaksakan ECB untuk menaikkan kadar faedah bagi menjinakkan inflasi tinggi yang menekan ekonomi Eropah. Pasaran merakamkan rasa kurang gemar kerana ECB tidak memperincikan rancangannya untuk menghadkan kenaikan kos pinjaman ini, meningkatkan kebimbangan bahawa penggubal dasar leka dengan situasi negara yang lebih banyak berhutang, seperti Itali, Sepanyol dan Greece.

Berhadapan dengan ancaman berulangnya krisis hutang yang hampir menjatuhkan mata wang tunggal sedekad lalu, ECB menawarkan jalan keluar dengan merancang skim sokongan baharu dan menyalurkan tunai daripada hutang yang matang ketika pandemik 1.7 trilion euro kepada negara yang berhutang.

Kata ECB, “Majlis Pentadbiran memutuskan untuk memberi mandat kepada Jawatankuasa Eropah untuk mempercepatkan kerangka instrumen anti-pemecahan baharu untuk dipertimbangkan oleh Majlis Pentadbiran,”.

Bercakap pada persidangan pada hari Rabu, ketua bank pusat Belanda Klaas Knot berkata bahawa penggubal dasar telah mula menggesa untuk merealisasikan alat baharu sebagai sandaran sekiranya saluran dana tidak mencukupi.

Pelabur mengalu-alukan hasrat ECB tetapi masih kecewa dengan kekurangan butiran dan kekurangan komitmen yang kukuh.

Euro susut sekitar 0.7% berbanding dolar selepas penyata ECB dikeluarkan.

Langkah ECB hadir menjelang mesyuarat FOMC dimana the Fed dijangka menaikkan kadar faedah, dengan pelabur secara mendadak menaikkan pertaruhan mereka untuk kenaikan 75 mata asas, perubahan dalam jangkaan yang telah mencetuskan penjualan di seluruh pasaran dunia.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat