Pasaran Kewangan Merosot Menjelang Pengumuman Daripada Jerome Powell Dan Steven Mnuchin!

463

Pasaran saham mengalami kejatuhan pada hari Selasa setelah pasaran mencatat sesi terbaik dalam enam minggu sehari sebelumnya berikutan peningkatan keyakinan dalam pasaran terhadap kemungkinan penjumpaan vaksin Covid-19.

Indeks Dow Jones diperdagangkan 179 mata lebih rendah iaitu kira 0.7% pada hari ini. Manakala Indeks S&P 500 merosot 0.4% dan Indeks Nasdaq Composite pula naik 0.1%.  Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama menunjukkan penyusutan sebanyak 0.23% kepada paras 99.468 setakat jam 10.15 p.m.

Pada ketika ini para pelabur sedang menantikan keterangan daripada Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell. Testimoni merupakan bahagian daripada maklumat terikini yang diperlukan dalam meneliti perkembangan ekonomi.

Dalam pernyataan awal, Powell menyatakan bahawa the Fed bersiap sedia untuk menggunakan apa sahaja cara bagi mendorong pertumbuhan ekonomi dalam masa kemelut ini.

Walaubagaimanapun, penganalisis seperti Yousef Abbasi, pengarah ekuiti institusi A.S. di INTL FCStone berpendapat walaupun dengan testimoni awal Powell, ianya masih sukar bagi pemain pasaran untuk menilai bahwa pasaran akan berada dalam keadaan bullish. Lanjut beliau, kita masih memerlukan lebih banyak data dan berita yang positif untuk meningkatkan keyakinan para pelabur.

Setakat ini, berdasarkan data yag dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins, terdapat lebih 4.8 juta kes positif telah disahkan di seluruh dunia dan lebih daripada 1.5 juta jangkitan tersebut adalah di A.S. sahaja.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat