Pasaran Khuatir Dengan Tindak Balas China Terhadap Amerika Syarikat

849

China telah mengenakan tarif sehingga 25 peratus ke atas 128 barangan U.S termasuk sejuk beku khinzir, beberapa jenis arak dan buah-buahan sebagai tindak balas terhadap pengenaan tarif oleh U.S keatas barangan keluli dan aluminium.

Pengumuman itu dibuat pada hari Ahad dan dapat menelan kos cukai sebanyak $3 billion.

Menteri perdagangan China mengatakan bahawa mereka ingin menangguhkan obligasi China ke atas WTO yang menghasratkan pengurangan tarif keatas 120 barang U.S termasuk buah-buahan. Barangan-barangan tersebut malah akan dinaikan tarifnya sebanyak 15 peratus.

8 produk lain termasuk daging khinzir akan dinaikkan tarif sehingga 25 peratus.

Reaksi balas tersebut telah mendorong ketegangan antara Bejing dan Washington. Dalam masa yang sama menghadirkan kehuatiran terhadap pasaran.

Presiden U.S Donald Trump sedang melakukan persediaan untuk mengenakan tarif melebihi $50 billion keatas barang China bagi menghukum Beijing. U.S telah menuduh Beijing bahawa Beijing menyalahgunakan harta intelek Amerika sehinga mendorong perubahan dalam pelbagai dasar kerajaan China yang bertujuankan permindahan teknologi.

China telah berulangkali menabur janji bahawa mereka akan membuka ekonomi kearah global dengan lebih luas namun banyak syarikat luar negara yang merungut bahawa mereka telah menerima layanan yang tidak adil.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat