Pasaran Kripto Berdarah! Adakah Ini Tanda-Tanda Pasaran Kripto Kembali ‘Bearish’?

269

Selepas hujung minggu yang agak tenang, harga bitcoin mula kehilangan nilai pada hari ini dan merosot ke paras terendah dalam tempoh 12 hari pada paras harga $26,000.

Kebanyakan altcoin juga didagangkan rendah , dengan XRP dan Toncoin merudum sekitar 3%.

Harga Bitcoin mula meningkat pada awal minggu lepas, melonjak melebihi $27,000 dan mencapai hingga $27,500 pada hari Selasa lepas. Selepas sehari didagangkan pada paras tersebut, aset itu kehilangan sebahagian besar momentumnya dan mula merundum.

Ini berakhir dengan penurunan harga kepada $26,400 pada hari Khamis, kira-kira pada masa yang sama apabila Federal Reserve AS mengumumkan perubahan kepada dasar monetari dengan enggan meningkatkan kadar faedah sekali lagi.

Pada masa ini, BTC telah berjaya mempertahankan tahap $26,000 , tetapi modal pasarannya telah merosot di bawah $510 bilion, dan dominasinya ke atas altcoin telah turun kepada 48.9% di CMC.

Data-data terkini mendapati jumlah dagangan Bitcoin telah mengalami penurunan yang signifikan tahun ini, dan aktiviti pasaran terkini ditandai oleh volatiliti rendah dan julat harga yang sempit, yang membataskan peluang perdagangan.

Berdasarkan analisis terkini CryptoQuant, ini merupakan situasi yang berbahaya bagi Bitcoin, yang kini berisiko mengalami penurunan. Platform ini menunjukkan bahawa kecairan pasaran Bitcoin telah berkurangan dengan ketara pada tahun ini.

Jumlah perdagangan derivatif Bitcoin, sebagai contoh, telah merosot sebanyak 73% sejak Mac 2023. Perdagangan spot kripto mengalami penurunan yang lebih parah dan kini merosot sebanyak 94% sepanjang tempoh yang sama.

Sementara itu, terdapat penurunan yang ketara dalam jumlah perdagangan Bitcoin dalam beberapa bulan terkini. Data dari CoinMarketCap menunjukkan bahawa hanya dalam tempoh 24 jam terakhir ini, jumlah perdagangan telah merosot sebanyak lebih daripada 32%.

Memandangkan kecairan dalam kedua-dua pasaran spot dan derivatif adalah penting untuk pertumbuhan harga, penurunan terkini dalam kecairan menimbulkan kebimbangan tentang kestabilan pasaran Bitcoin.
Oleh itu, kekurangan kecairan boleh menyebabkan volatiliti harga yang tinggi.

Para pakar mencadangkan bahawa jika Bitcoin gagal mengekalkan momentum bullishnya dan boleh jatuh di bawah tahap sokongan penting $25k.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat