Pasaran Kripto Kembali Berdarah! Adakah BTC Bakal Menuju $17K?

1,552

Jabatan Statistik Buruh A.S telah mengeluarkan laporan bacaan inflasi yang membimbangkan pada bulan Jun 2022. IHP/CPI bulan Jun dilaporkan mencatat peningkatan tertinggi di AS dalam tempoh 40 tahun iaitu pada kadar 9.1%. Bacaan inflasi yang tinggi ini membawa indikasi yang kukuh bahawa the Fed akan cenderung untuk kekal dengan pegangan mereka buat masa ini.

Dalam beberapa minit selepas keluaran data CPI, harga BTC jatuh kira-kira 4% manakala ETH turun kira-kira 5%. Harga BTC kini didagangkan pada paras dagangan $19,185.10.  Penunjuk pasaran tradisional seperti NASDAQ, Dow Jones dan S&P 500 juga mengalami nasib yang sama dengan kejatuhan yang besar.

CPI bulan lepas menunjukkan bahawa inflasi meningkat sebanyak 8.6% pada asas tahun ke tahun, peningkatan terbesar sebegitu sejak 1981. The Fed telah bertindak balas terhadap inflasi yang meninggi dengan pengetatan dasar. Bank Pusat akhir mengambil keputsan menaikkan kadar faedah sebanyak 0.75 mata, kenaikan terbesar sejak 1994.

Dasar monetari hawkish daripada the Fed telah mengakibatkan kemerosotan besar bagi keseluruhan industri kripto. Harga Bitcoin menunjukkan perkembangan terburk sukuan dalam satu dekad. Atas dasar, bacaan terbaru CPI ini lebih membimbangkan dan dapat membawa bencana kepada pasaran kripto.

Keluaran CPI mendapat perhatian pasaran yang tidak berbelah bahagi. Beberapa pengamat juga tidak sependapat mengenai hala tuju inflasi ini. Lark Davis yang merupakan salah seorang penganalisis percaya bahawa pelabur kripto boleh menjangkakan CPI yang lebih baik pada bulan Ogos memandangkan penurunan terbaru dalam harga komoditi tidak akan diambil kira dalam data bulan ini dan itu akan menurunkan data inflasi.

John, pengasas bersama The Rock Trading, menyediakan satu set senario yang boleh berlaku selepas keluaran CPI. Menurutnya, jika CPI kurang daripada 8.6%, pasaran boleh menjangkakan kenaikan dalam pasaran. Jika ia melonjak lebih tinggi maka ia akan memberi impak pada pasaran kripto.

Michaël van de Poppe, pengasas Eight Global, mendedahkan bahawa bacaan CPI akan menjadi penentu untuk Bitcoin. Pasaran kini memerhatikan pada tahap sokongan $19.5K dan $17K.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat