Pasaran Kripto Kian Membimbangkan, Bursa Pertukaran Kripto Ini Terpaksa Melepaskan 40% Pekerjanya!

213

Platform mata wang kripto Australia Swyftx terbaru mengumumkan telah mengambil keputusan yang berat dengan melepaskan 90 pekerjanya, mewakili sekitar 40% daripada jumlah tenaga kerjanya.

Waima begitu, tidak mahu isu ini membimbangkan pasaran bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Alex Harper memberi jaminan bahawa syarikat itu “berada pada kedudukan yang baik” untuk menghadapi pergolakan semasa yang disebabkan oleh krisis FTX. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama beliau menjangkakan satu lagi kejatuhan pasaran pada separuh pertama 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Harper mengumumkan berita itu dalam surat baru-baru ini yang ditujukan kepada pekerja Swyftx:

” Hari ini kami terpaksa mengumumkan keputusan paling sukar dalam perjalanan ini. Kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada 90 rakan dan rakan sekerja yang berbakat.”

Pegawai eksekutif itu berkata Swyftx tidak mempunyai pendedahan langsung kepada bursa FTX. Namun, mereka mengakui bahawa Swyftx tidak kebal daripada kesan yang ditimbulkannya dalam pasaran kripto,” tambahnya. Harper percaya mengurangkan sebahagian besar tenaga kerja mungkin memberi manfaat kepada firma Aussie untuk mengharungi “badai” pada masa hadapan.

Beliau berhujah bahawa Swyftx adalah antara tempat perdagangan kripto terkemuka di Australia dan “berada di kedudukan yang baik” untuk menahan kegawatan yang berterusan dalam industri blockchain.

Semua pekerja yang terjejas akan menerima gaji pemberhentian mereka dalam masa tujuh hari. Mereka juga akan mendapatkan pampasan untuk tempoh perkhidmatan selama enam bulan, manakala Swyftx akan menyediakan sokongan carian kerja dan perkhidmatan EAP.

Secara langsung atau tidak, keruntuhan FTX telah menyebabkan perubahan teruk dalam banyak syarikat mata wang kripto dan kewangan. Sesetengah daripada mereka terpaksa memfailkan perlindungan kebankrapan. Banyak platform mata wang kripto terkemuka mula mengurangkan saiz pasukan mereka awal tahun ini untuk mengurangkan kos semasa pasaran gawat yang berpanjangan.

Gemini memberhentikan kira-kira 10% tenaga kerjanya pada bulan Jun dan menambah lebih 60 orang ke senarai pada bulan Julai. Bursa Coinbase yang berpangkalan di AS mengurangkan 18% pekerjanya semasa musim panas, manakala Huobi mengecilkan saiz sebanyak 30%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat