Pasaran Kripto ‘Lelah’ Lagi, Ada Harapankah Bitcoin (BTC) Tembus ATH Tahun Ini?

1,665

Bitcoin (BTC) membuka tirai 2022 dengan lonjakan hampir $50,000 tetapi pada hari ini, harganya susut ke paras bawah $43,000.

Sementara itu, perbandingan di antara minggu pertama 2021 dengan yang terbaru, Bitcoin mencatatkan peningkatan harga sebanyak 15%.

Walaupun pergerakannya tidak menentu, tetapi statistik menunjukkan harga BTC sudah mula stabil dan dijangka akan mencatatkan lonjakan tertinggi dalam beberapa minggu lagi.

Berdasarkan harga BTC pada hari ini, didagangkan pada $42,933, penganalisis meramalkan nilainya akan meningkat sehinga $50,000-$60,000 dalam masa terdekat.

Faktor yang menyumbang kepada jangkaan positif didorong oleh inflasi seluruh dunia.

Seperti yang dijelaskan CEO Panxora, Gavin Smith: kadar faedah yang muktamad akan menstabilkan inflasi. Jika nilainya negatif, harga pengguna akan meningkat mendadak dari paras hasil bon.

Situasi ini akan mendorong kepada tindakan yang lebih berani walaupun dasar monetari yang ditetapkan oleh bank pusat masih lagi longgar.

Adakah ini petanda Bitcoin akan mencatatkan nilai tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu pada tahun ini?

Jabatan Buruh Amerika Syarikat (AS) mendedahkan Indeks Harga Pengguna bagi 2021 telah meningkat 7% pada Disember berbanding tahun sebelumnya. Setakat November sahaja, kadarnya meningkat sehingga 6.8%, menjadikan peningkatan tahunan terpantas sejak 1982.

Walaupun Bitcoin sudah bangkit dari penyusutan ke paras bawah $40,000 pada 10 Januari, masih belum kukuh untuk dibandingkan dengan standard harganyanya.

Jika raja kripto ini berjaya tembus $45,500 pada tahun ini, tidak mustahil harganya akan melonjak ke paras lebih tinggi pada 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat