Pasaran Kripto Terpaksa Berputih Mata, Turki Ambil Tindakan Tegas!

2,001

Dalam kemaskini terkini mengenai undang-undang kripto Turki yang akan datang menyaksikan Parlimen Turki mengadakan mesyuarat pada hari ini bersama entiti yang bagi membincangkan peraturan untuk aset kripto di negara itu.

Berdasarkan penerbitan Laporan Eropah, Daily Sabah, Timbalan Pengerusi Kumpulan Parti Keadilan dan Pembangunan (Parti AK), Mustafa Elitaş, menyatakan bahawa secara umum mereka kesemuanya yang terlibat berpandangan bahawa perihal undang-undang mesti digubal secepat mungkin.

Mesyuarat tersebut turut melibatkan pihak yang berkepentingan dalam pasaran aset kripto dan juga wakil institusi awam. Walau bagaimanapun, sebahagian penganalisis berspekulasi bahawa keputusan muktamad mesyuarat itu bakal berpihak kepada kerajaan memandangkan entiti Negeri memainkan peranan penting dalam suara majoriti.

Bermula daripada Kementerian Teknologi dan Infrastruktur bersama-sama dengan Kementerian Perbendaharaan dan Kewangan, badan pemantau perbankan Turki – Agensi Peraturan dan Pengawasan Perbankan (BDDK) sehinggalah kepada Lembaga Penyiasatan Jenayah Kewangan Turki (MASAK), Pentadbiran Hasil dan akhirnya, Bank Pusat adalah antaranya yang hadir dalam mesyuarat tersebut.

Menurut Mustafa Elitaş, undang-undang baharu itu akan menggubal peraturan yang lebih umum untuk kripto dan akan terus dikemas kini bagi mengikuti perkembangan industri kripto yang sedang berkembang pesat. Beliau berkata, “Terdapat perkembangan yang sangat pesat di seluruh dunia sejak 10 tahun yang lalu dalam pasaran aset kripto yang direka pada tahun 2010. Walaupun banyak negara yang sedang dalam proses menggubal undang-undang, tujuh sehingga lapan negara telah mengeluarkan peraturan undang-undang mengenai aset kripto buat masa ini.”

Pada minggu lalu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengumumkan bahawa undang-undang kripto negara itu telah disiapkan dan kini sedang dalam proses perbahasan di Parlimen untuk dikuatkuasakan serta-merta. Susulan pengumuman mengenai perundangan kripto, Lembaga Penyiasatan Jenayah Kewangan Turki (MASAK) telah mengenakan denda pertukaran kripto terbesar dunia, iaitu Turki Binance sebanyak 8 juta lira atau $751,314 kerana didapati melanggar undang-undang.

Dengan ini dapat dilihat bahawa secara umumnya negara Turki tidak memihak kepada pasaran kripto, justeru perkembangan pasaran kripto boleh dihambat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat