Pasaran Makin Genting, Jutawan Thai Lagi Berani Gandakan Pelaburan Kripto

1,260

Sarath Ratanavadi, lelaki kedua terkaya di Thailand membuat sebahagian besar kekayaannya dengan menggandakan pelan aset digital walaupun terdapat peningkatan penelitian terhadap industri mata wang kripto dan penurunan akaun dagangan tempatan.

Menurut Sarath, ketua pegawai eksekutif Gulf Energy Development Pcl, syarikatnya akan meningkatkan pelaburan dalam ekosistem blockchain bagi mempelbagaikan sumber pendapatan walaupun pengawal selia Thai mengetatkan penyeliaan fintech dan kejatuhan nilai token.

Malah, syarikat berpangkalan di Bangkok sedang mencari lesen untuk mengendalikan pertukaran aset digital dan pembrokeran bersama Binance Holdings Ltd iaitu bursa kripto terbesar di dunia yang mempunyai kekayaan US$11.9 bilion.

Sementara itu, Gulf Energy membangunkan aset digital dan platform teknologi bolckchain agar dapat mencapai objektifnya dalam menjadi peneraju pasaran negara.

Dalam temu bual bersama Sarath yang dianjurkan oleh Bursa Saham Thailand, dinyatakan bahawa perjanjian 18 bilion baht akan ditamatkan bagi membeli pegangan majoriti dalam Bitkub Online Co.

Tambahnya pula, memperluaskan komuniti kripto bukanlah proses yang senang untuk dilakukan oleh Sarath yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan dari Universiti Chulalongkorn di Bangkok dan sarjana dari Universiti California Selatan.

Di sebalik itu, keutamaan Gulf Energy bukan sahaja meningkatkan pelaburannya dalam projek tenaga angin dan solar, tetapi mengambil bahagian unggul dalam Intouch Holdings Pel yang akan mengawal perkhidmatan tanpa wayar dan pengendali satelit terbesar di Thailand.

Secara tuntas, Gulf Energy telah memperuntukkan 100 bilion baht untuk pelaburan ekuiti yang merupakan tenaga projek boleh diperbaharui di AS dan Eropah, dan syarikat tersebut juga tidak bercadang untuk mengambil alih kawalan majoriti ke atas Intouch.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat