Pasaran Makin Optimis, Matawang Utama ‘Spike’ Lagi Tinggi

421

US dolar susut lebih rendah ketika Demokrat dilihat sebagai pilihan utama untuk memenangi kedua-dua pilihan raya Senat di Georgia, setelah sebahagian besar pengiraan undi dilakukan memperlihatkan undian berpihak pada parti itu.

Berbanding kebanyakan matawang utama, dolar greenback jatuh ke paras terendah terbaru sejak April 2018 pada 89.18 pada awal sesi Eropah.

Namun, dengan meningkatnya prospek rangsangan fiskal, ini telah mendorong pelabur untuk menjauhkan diri daripada bon dan menyebabkan lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun di atas 1% dan pengukuhan ini sedikit menyokong US dolar dari jatuh lebih rendah.

Penganalisis secara amnya menganggap Senat yang dikuasai Demokrat adalah positif untuk pertumbuhan ekonomi secara global disebabkan lebih banyak rangsangan fiskal dijangka akan dilaksanakan oleh pentadbiran Joe Biden.

Penyusutan US dolar telah mendorong matawang euro untuk meningkat lebih tinggi dengan mencatatkan paras ketinggian terbaru 2 setengah tahun. Tumpuan pelabur kini turut terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC dan Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Khamis.

Sementara itu, matawang pound turut meraih pengukuhan susulan kelemahan dolar greenback meskipun berdepan tekanan daripada penutupan ekonomi di UK bagi membendung penularan jangkitan Covid-19. UK mencatatkan kes lebih 60,000 pada hari Selasa, buat pertama kali sejak pandemik itu bermula.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga memanfaatkan sentimen positif untuk meningkat ke paras tertinggi terbaru sejak April 2018 berbanding US dolar.

Dolar Kanada pula terus menguat selepas disokong oleh kenaikan harga minyak dunia susulan kejutan oleh Arab Saudi selain turut dibantu oleh sentimen semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat